Saturday, December 8, 2007
Anakku..
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan..
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal..
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya..
Itulah suamimu..
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan dia akan menjadi sebagai langitmu..
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia dapat engkau jadikan tiangmu..
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia akan menjadi khadam kepadamu..
Jangan engkau memaksa – maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya..
Dengan cara yang demikian akan menjadi dia merasa benci kepadamu..
Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau..
Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab tertentu, maka yang eloknya jauhkan dirimu daripadanya semasa marah..
Peliharalah hidung, telinga dan matanya…
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu darimu melainkan yang harum..
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik..
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka
0 Comments:
Post a Comment