Khasiat Air Soya...:)

Thursday, April 2, 2009




Khasiat SOYA yang memberi kelebihan dalam kesihatan seharian anda.. Antaranya ialah :-

• Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
• Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.
•Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.
•Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.
•Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
•Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.
•Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.
•Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
•Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Info dari YPNet

Kod makanan (E) yang ada unsur Khinzir@Babi

Thursday, February 12, 2009

assalamualaikum wbt...
ramai dikalangan kita tidak mengetahui tentang kod (E) yg berada dlm makanan samada makanan harian atau sekadar makanan ringan..
di sini sy ingin sertakan kod makanan yang mengandungi unsur babi...
kod2 tersebut ialah...

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270. E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904....

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahu informasi ini kepada
saudara kita yang lain.

www.scribd.com/doc/855180/Kod-Babi-Pada-Makanan

Masalah Tidur

Friday, January 23, 2009


Tidur adalah normal, sesuatu yang biasa. Ia adalah satu tempoh untuk individu merehatkan dan memulihkan badan dan mindanya. Lebih kurang 10% hingga 20% populasi mengalami insomnia. Kebanyakan orang dewasa memerlukan 6 hingga 7 jam tidur setiap malam. Keperluan ini berbeza daripada individu kepada individu lain. Ada individu yang mampu berfungsi dengan baik hanya dengan 4 jam tidur. kanak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih daripada orang tua.

APA BERLAKU JIKA TIDAK TIDUR?

Ingatlah bahawa belum ada orang yang mati kerana kurang tidur. Tidak dapat tidur malam sekali sekala tidak akan menjejaskan sangat kesihatan fizikal atau mental. Pekerja-pekerja waktu malam akan mengalami gangguan tidur semalam-dua selepas bertukar masa kerja. Pengembara jarak jauh yang menyeberangi kawasan masa akan mengalami "jet lag" iaitu terbangun ditengah malam atau merasa mengantuk diwaktu siang. Jika individu tidak tidur beberapa malam, beliau akan merasa sukar untuk membuat keputusan dan perasaan ('mood') akan terjejas. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang mengendalikan mesin-mesin berat atau memandu.

Kekurangan tidur kerana masalah-masalah kecil boleh diatasi tanpa berjumpa doktor - Amalkanlah cara tidur yang sihat.


AMALAN TIDUR YANG SIHAT

Jika anda bermasalah untuk tidur, disini ada beberapa panduan yang boleh menolong anda tidur dengan baik :

  • Cuba biasakan diri masuk tidur pada masa yang sama dan bangun pada masa yang sama.
  • Pastikan tempat tidur dan biliknya selesa - tidak terlalu panas dan tidak terlalu bising.
  • Sebelum tidur lakukan senaman ringan tanpa membebankan badan anda.
  • Cuba relaks sebelum tidur misalnya membaca atau mendengar musik ringan.
  • Jika ada sesuatu yang tidak boleh diselesaikan, cuba tuliskannya sebelum masuk tidur dan beritahu diri anda ia akan diselesaikan pada esok harinya.
  • Jika tidak dapat tidur, jangan berbaring dan risau tentangnya. Bangun dan buat sesuatu yang boleh memberi ketenang seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.

Jika anda tidak dapat tidur semalaman, jangan cuba tidur pada keesokkan harinya - ia akan menyukarkan anda tidur pada malam berikutnya. Jika anda terlalu letih masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya.

Perkara-perkara berikut yang perlu dihindari :

  • Minum teh, kopi dan minuman ber 'cola'. Susu suam boleh membantu.
  • Minum alkohol dengan banyaknya, membuatkan anda rasa hendak tidur tetapi ia kemudian akan pasti membuatkan anda berjaga sepanjang malam.
  • Makan atau minum banyak ke larut malam.
  • Selalu guna pil tidur - ia digunakan untuk sementara waktu sahaja dibawah arahan doktor.

BILA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN?

Jika insomnia berterusan, ia boleh jadi berpunca daripada masalah emosi, kesukaran dalam kehidupan seharian atau kadang-kadang masalah psikologi yang lebih serius. Kebimbangan yang lebih boleh menyukarkan individu untuk tidur. Dalam kemurungan yang teruk, individu mungkin terbangun awal atau ditengah malam dan tidak boleh tidur semula. Jika keadaan fizikal, seperti arthritis (sakit sendi) dan masalah pernafasan, menjadi punca insomnia, maka rawatan kepada penyakit ini seharusnya boleh mengurangi masalah tidur. Dapatkan nasihat doktor jika insomnia masih terus berlaku sekalipun anda mengamalkan tidur yang sihat.


PENGUBATAN

Pil tidur atau hipnotik selalunya diperskripsikan bagi masalah tidur. Walaupun pil ini boleh membuat anda tidur dengan baik, penggunaan jangka panjang akan membuat kesannya berkurangan dan ketagihan. Berhenti dengan tiba-tiba penggunaannya akan menyebabkan insomnia berlaku semula disamping mimpi-mimpi buruk. Dengan itu, individu digalakkan mengurangi dos pil itu secara perlahan-lahan dibawah penyeliaan doktor.

KESIMPULAN

Insomnia boleh dikatakan sebagai satu masalah biasa. Puncanya pelbagai, kebimbangan, keresahan dan tekanan mental adalah diantara puncanya. Untuk mengatasi insomnia puncanya perlu dicari dan diatasi. Biasanya masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan tabiat tidur dengan baik, kaunseling dan mengelakkan penggunaan hipnotik atau alkohol secara berterusan untuk memudahkan tidur.

salam imtihan...

Friday, January 16, 2009


assalamualaikum....
harap2 semua sehat...
xthu nk tulis ape sbnrnye ni....
memandangkn skrg masih dlm musim imtihan, walupn ade yg dh hbs mcm.....
harap2 nya semua masih bersemangat utk meneruskan perjuangan yg belum selesai...
walaupn kadangkala kita rasa futhur (putus asa) dan lemah...
ingtlah masih ade lg yg lemah drpd kita bahkan lebh sush utk mengharungi liku2 kehidupan...
kita hndklah sntiasa memohon n meminta dgn yg Maha Esa..krn Dia lah satu2 nya tempat utk kita meminta pertolongan dan meminta ape shj yg terbaik utk diri kita..n ingtlah bahawasanya Allah sntiasa bersama kita...
kdg2 time musim imtihan ni la dtgnye pelbagai mslh...
mslh dgn fmly la..dgn kwn serumah la...mslh kesihatan...mcm2 lg la...
ape pn, setiap mslh msti ade jln penyelesaiannye...
time exam ni sllu2 la berhubung ngn fmly dikampung...minta restu ibu bapa..
dgn Allah s.w.t sudah semestinya kita minta kn...:-)
klu ade yg kurg seht @ sakit musim exam ni...rajin2 la mkn ubat...
klu ade kwn serumah yg sakit, tlg2 la tgkkn...sape lg nk tlg kn..xkn fmly kt mlysia pulk...
ape pn jaga la kesihatan di musim imtihan ni..lg2 pulk skrg ni musim sejuk..
smpai sini je kot rsenye...semoga kalian semua berjaya didunia n akhirat insyaAllah..
bittaufiq wan najah..:-)







semasa@palestine

Wednesday, January 14, 2009

[MAP] Jumlah mangsa yang syahid akibat serangan Israel di Gaza telah meningkat. Jumlah yang syahid 984, manakala yang cedera termasuk kritikal 4530. Mangsa di kalangan kanak-kanak sebanyak 315, manakala wanita 80 orang menjadi mangsa. sumber... http://minipavilion.blogspot.com/

semasa@palestine

Thursday, January 8, 2009

[MAP] 6.45 malam(waktu Mesir). 24 serangan roket telah jatuh di Israel hari ini. Serangan roket yang terakhir jatuh di Askalan.

[MAP] Jumlah yang syahid berikutan peperangan yang dilancarkan oleh Israel di Gaza meningkat ke angka 765 setelah ditemui 50 lagi yang terkorban dalam serangan Israel hari ini, manakala 3125 cedera termasuk yang kritikal.

semasa@palestine

Wednesday, January 7, 2009

[MAP] 11.15 pagi(waktu Mesir). Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 680, manakala 3075 cedera termasuk yang kritikal.