JANGAN MENYEKSA DIRI

Thursday, November 19, 2009

Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahwa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadan itu maka baginda betanya, "Mengapa dengan orang ini?"
Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."
Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyeksa dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?"
Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki."
Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata :

"Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu menunggangnya."

p/s: klu ade himar lalu kt tepi tu, tumpang je...huk3..

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Friday, June 12, 2009

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Friday, April 24, 2009

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Zarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Zarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Zarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Zarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Zarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata daripada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Zarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima tetapi lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Antara Sabar Dan Mengeluh

Tuesday, April 14, 2009

sekadar hiasan

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram.
Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.
"
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.
"
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,
"Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menemukan ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.
"
Lalu Abul Hassan bertanya,
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab,
"Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."


Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Ibn Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Khasiat Air Soya...:)

Thursday, April 2, 2009




Khasiat SOYA yang memberi kelebihan dalam kesihatan seharian anda.. Antaranya ialah :-

• Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
• Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.
•Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.
•Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.
•Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
•Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.
•Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.
•Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
•Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Info dari YPNet

Kod makanan (E) yang ada unsur Khinzir@Babi

Thursday, February 12, 2009

assalamualaikum wbt...
ramai dikalangan kita tidak mengetahui tentang kod (E) yg berada dlm makanan samada makanan harian atau sekadar makanan ringan..
di sini sy ingin sertakan kod makanan yang mengandungi unsur babi...
kod2 tersebut ialah...

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270. E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904....

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahu informasi ini kepada
saudara kita yang lain.

www.scribd.com/doc/855180/Kod-Babi-Pada-Makanan

Masalah Tidur

Friday, January 23, 2009


Tidur adalah normal, sesuatu yang biasa. Ia adalah satu tempoh untuk individu merehatkan dan memulihkan badan dan mindanya. Lebih kurang 10% hingga 20% populasi mengalami insomnia. Kebanyakan orang dewasa memerlukan 6 hingga 7 jam tidur setiap malam. Keperluan ini berbeza daripada individu kepada individu lain. Ada individu yang mampu berfungsi dengan baik hanya dengan 4 jam tidur. kanak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih daripada orang tua.

APA BERLAKU JIKA TIDAK TIDUR?

Ingatlah bahawa belum ada orang yang mati kerana kurang tidur. Tidak dapat tidur malam sekali sekala tidak akan menjejaskan sangat kesihatan fizikal atau mental. Pekerja-pekerja waktu malam akan mengalami gangguan tidur semalam-dua selepas bertukar masa kerja. Pengembara jarak jauh yang menyeberangi kawasan masa akan mengalami "jet lag" iaitu terbangun ditengah malam atau merasa mengantuk diwaktu siang. Jika individu tidak tidur beberapa malam, beliau akan merasa sukar untuk membuat keputusan dan perasaan ('mood') akan terjejas. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang mengendalikan mesin-mesin berat atau memandu.

Kekurangan tidur kerana masalah-masalah kecil boleh diatasi tanpa berjumpa doktor - Amalkanlah cara tidur yang sihat.


AMALAN TIDUR YANG SIHAT

Jika anda bermasalah untuk tidur, disini ada beberapa panduan yang boleh menolong anda tidur dengan baik :

  • Cuba biasakan diri masuk tidur pada masa yang sama dan bangun pada masa yang sama.
  • Pastikan tempat tidur dan biliknya selesa - tidak terlalu panas dan tidak terlalu bising.
  • Sebelum tidur lakukan senaman ringan tanpa membebankan badan anda.
  • Cuba relaks sebelum tidur misalnya membaca atau mendengar musik ringan.
  • Jika ada sesuatu yang tidak boleh diselesaikan, cuba tuliskannya sebelum masuk tidur dan beritahu diri anda ia akan diselesaikan pada esok harinya.
  • Jika tidak dapat tidur, jangan berbaring dan risau tentangnya. Bangun dan buat sesuatu yang boleh memberi ketenang seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.

Jika anda tidak dapat tidur semalaman, jangan cuba tidur pada keesokkan harinya - ia akan menyukarkan anda tidur pada malam berikutnya. Jika anda terlalu letih masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya.

Perkara-perkara berikut yang perlu dihindari :

  • Minum teh, kopi dan minuman ber 'cola'. Susu suam boleh membantu.
  • Minum alkohol dengan banyaknya, membuatkan anda rasa hendak tidur tetapi ia kemudian akan pasti membuatkan anda berjaga sepanjang malam.
  • Makan atau minum banyak ke larut malam.
  • Selalu guna pil tidur - ia digunakan untuk sementara waktu sahaja dibawah arahan doktor.

BILA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN?

Jika insomnia berterusan, ia boleh jadi berpunca daripada masalah emosi, kesukaran dalam kehidupan seharian atau kadang-kadang masalah psikologi yang lebih serius. Kebimbangan yang lebih boleh menyukarkan individu untuk tidur. Dalam kemurungan yang teruk, individu mungkin terbangun awal atau ditengah malam dan tidak boleh tidur semula. Jika keadaan fizikal, seperti arthritis (sakit sendi) dan masalah pernafasan, menjadi punca insomnia, maka rawatan kepada penyakit ini seharusnya boleh mengurangi masalah tidur. Dapatkan nasihat doktor jika insomnia masih terus berlaku sekalipun anda mengamalkan tidur yang sihat.


PENGUBATAN

Pil tidur atau hipnotik selalunya diperskripsikan bagi masalah tidur. Walaupun pil ini boleh membuat anda tidur dengan baik, penggunaan jangka panjang akan membuat kesannya berkurangan dan ketagihan. Berhenti dengan tiba-tiba penggunaannya akan menyebabkan insomnia berlaku semula disamping mimpi-mimpi buruk. Dengan itu, individu digalakkan mengurangi dos pil itu secara perlahan-lahan dibawah penyeliaan doktor.

KESIMPULAN

Insomnia boleh dikatakan sebagai satu masalah biasa. Puncanya pelbagai, kebimbangan, keresahan dan tekanan mental adalah diantara puncanya. Untuk mengatasi insomnia puncanya perlu dicari dan diatasi. Biasanya masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan tabiat tidur dengan baik, kaunseling dan mengelakkan penggunaan hipnotik atau alkohol secara berterusan untuk memudahkan tidur.