semasa@palestine

Thursday, January 1, 2009

[MAP] Jam 3.55 petang, 01/01/08 (waktu Mesir) Pesawat pengintip tanpa juruterbang Israel berlegar-legar di kawasan yang telah diistihar 'zon tertutup' oleh tentera Israel.

[MAP] Jam 4.30 petang, 01/01/09 (waktu Mesir). Di celah serangan dahsyat Israel setelah mengebom rumah Dr.Nizar Rayyan, sekitar sejam Israel mengebom pula di Hayyu Tufah, Gaza yang mengancam sebuah sekolah. Bagaimanapun, pejuang Palestin sempat melancarkan 3 serangan roket ke Israel sebagai balas serangan udara Israel yang melampau. Menurut sumber, beberapa penduduk Palestin(kanak-kanak) syahid dan parah dalam serangan tersebut.

Mengikut penelitian, beberapa serangan Israel hari ini menggunakan peledak letupan yang amat kuat

semasa@palestine

pesawat israel telah mengebom rumah sheikh radwan yang tinggal di bandar gaza pada petang tadi.serangan mensasarkan pemimpin kanan hamas nabil abu el-amrin,tetapi tidak dapat disahkan samada beliau terbunuh dalam serangan itu. mohamad hisyam zakaria: 9 minit yg lalu : kematian di semenanjung gaza mencecah angka 420 dan 2100 cedera

semasa@palestine

[MAP] Persatuan Ahli Parlimen Arab mengadakan muktamar ke-14 di Suur, Lubnan. Menurut sumber, muktamar tersebut juga bersempena untuk simpati terhadap Gaza. Jam 12.50 petang (waktu Mesir). Ketika menyatakan simpati terhadap Gaza, mereka menuntut kesepakatan dikalangan Negara-negara Arab bagi menghentikan serangan Israel di Gaza. Salah seorang anggota parlimen ketika mengulas keadaan di Gaza meminta supaya memutuskan apa jua bentuk hubungan dengan Israel.


[MAP] Jam 2.40 petang (waktu Mesir). Serangan terbaru Israel di Gaza. Menurut sumber, beberapa kawasan menjadi sasaran serangan Israel. Kelihatan kepulan asap di udara Gaza. Motif serangan Israel di situ belum diketahui setakat ini.


[MAP] Serangan udara Israel tertumpu di Jabaliya. Menurut sumber satu serangan Israel telah menghancurkan sebuah bangunan rumah yang dihuni oleh seorang pemimpin tertinggi HAMAS, iaitu Doktor Nizar Rayyan. Serangan tersebut mengakibatkan beliau bersama isteri dan 3 orang anaknya syahid dalam serangan tersebut yang disifatkan antara sasaran Israel terhadap HAMAS. Letupan tersebut mengandungi kandungan letupan yang cukup besar. Dalam serangan tersebut menyebabkan 10 orang syahid termasuk beliau dan keluarganya. Jam 3.15 petang waktu Mesir. Beliau adalah generasi pertama dalam gerakan penentangan bagi membebaskan Palestin daripada kurungan penjajah (Israel) . Jumlah yang terkorban akibat serangan Israel meningkat ke angka 412. Manakala 2000 lagi cedera termasuk kritikal.Jam 4.07 minit petang..

semasa@palestine

2 jam lepas :hamas telah menyerang beberapa roket dari semenanjung ke arah pengkalan tentera israel,tiada dakwaan atau penafian oleh pihak tentera israel setakat ini...
satu jam lepas: 9 lori dr mesir membawa bantuan dan alatan perubatan telah memasuki semenanjung gaza melalui rafah ...


From Map: [MAP] Menteri Kesihatan, Kerajaan Palestin di Gaza meminta Mesir supaya memasukkan pakar-pakar perubatan Arab ke Gaza....
01 / 01 / 2009 Time: 10:54 : seorg aktivis terbunuh ketika tentera darat cube memasuki bandar gaza tetapi berundur semula selepas bertempur dengan briged hamas al-qassam...takbirrr - ALLAHUAKBAR3

semasa@palestine

From Map:
[MAP] Pejuang Palestin telah melancarkan 5 serangan roket ke Wilayah Naqab, berdekatan Beer Sabie'. Menurut sumber, tiada kemalangan jiwa atau nyawa dilaporkan.
Muhammad Farhan: From Map: [MAP] KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah pengkalan tentera udara Israel buat kali pertama. Kerosakan belum dinyatakan setakat ini. (Stesen Televisyen al-Aqsa)
Muhammad Farhan: From Map:
[MAP] Menteri Luar Israel, Tsipi Livni dijadualkan mengadakan perbincangan di Paris hari ini. Dinyatakan, perbincangan tersebut adalah berkenaan kedudukan Gaza.

semasa@palestine

Jumlah mangsa(Penduduk Palestin Gaza) yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angkat 400, manakala 2000 mengalami kecederaan termasuk yang kritikal. Jam 8.10 pagi, 01/01/09 (waktu Mesir)

semasa@palestine

Wednesday, December 31, 2008

: 01 jan 2009 : 1 mint yg lepas - sekurang-kurangnya 13 lagi rakyat palestin syahid....
10jam yg lepas: mushir al-almasri pegawai kana hamas berkata "hamas akan berjuang "sehinnga ke nafas yg terakhir" jika isrzel menghantar askar daratnya
mohamad hisyam zakaria: sumber kem. kesihatan : disebalik cuaca yg buruk di sem gaza, kematian telah mencecah ke angka 398 dan 2000 org cedera