Thursday, January 1, 2009
Jumlah mangsa(Penduduk Palestin Gaza) yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angkat 400, manakala 2000 mengalami kecederaan termasuk yang kritikal. Jam 8.10 pagi, 01/01/09 (waktu Mesir)
Jumlah mangsa(Penduduk Palestin Gaza) yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angkat 400, manakala 2000 mengalami kecederaan termasuk yang kritikal. Jam 8.10 pagi, 01/01/09 (waktu Mesir)
Posted by al G at 12:53 AM 0 comments
: 01 jan 2009 : 1 mint yg lepas - sekurang-kurangnya 13 lagi rakyat palestin syahid....
10jam yg lepas: mushir al-almasri pegawai kana hamas berkata "hamas akan berjuang "sehinnga ke nafas yg terakhir" jika isrzel menghantar askar daratnya
mohamad hisyam zakaria: sumber kem. kesihatan : disebalik cuaca yg buruk di sem gaza, kematian telah mencecah ke angka 398 dan 2000 org cedera
Posted by al G at 8:30 PM 0 comments
salam. ade satu mslh yg hendak dikongsi bersama..
komptr yg restart lps tu ketika hendak login windows die kuar bsod atau seperti gmbr diatas..
pertama skali mgkn ini mslh RAM..tapi kadang2 bukan RAM jgak..maybe sbb bende yg baru letak..driver yg baru install ke...cam bende tu tak ngam la...mgkn juga kegagaln hardware system file..
mula2 try cek RAM satu persatu..samada tukr slot ke slot @ tanggalkn satu..ikut suka la...
lps try tukar ram, pas2 cek dlm bios. klau ade utility tuk memory test, run smpi abs. klu ade gak, tekan F8 mse POST @ sblm masuk windows, last known good configuration. x pun amik safe mode, cek dlm device manager, buang blk driver yg last di install. x pun restore je..
klu xleh jgak buat dgn cara ni..knl pasti fail yg buat masalah dlu..nama fail 2 ade dkat line dlm Blue skrin 2..
pastu masuk Safemode,..(tekan F8 smpai windows option kluar, caranya turn on CPU, trus tkn F8)..smpai dpt...
masuk guna safemode..dah masuk dlm safemode, cari fail 2 gune Search,da jumpe,trus bukak folder fail tu,and try delete fail tu,tp sebelum delete,pastikan fail 2 duduk dlm folder ape..cnth printer ke, kad gafik,or ape2 jela...(sbb sstengah fail camni sbnarnye hrdware restriction,ataupn virus yang buat harware system file corrupt) lps tu boleh buat internet search kat yahoo or google, just taip name fail 2...itupn kalau masuk safemode with networking la..lps delete fail 2,try masuk normal windows mcm biase..ok..selamat mencuba..
Posted by al G at 12:20 AM 0 comments
Kajian sampel di Malaysia ke atas pengguna kanta lekap mengesahkan penggunaan komputer sama ada untuk bekerja, belajar atau bermain, menjadi faktor utama terhadap fenomena mata menjadi kering.
Sindrom mata menjadi kering sering berlaku di kalangan pengguna kanta lekap kerana material pada kanta lekap itu menyerap protein dan komponen air mata yang lain, menyebabkan tompokan kering pada kanta lekap.
Kajian oleh Advanced Medical Optics (AMO), pembuat produk titisan mata jenama Blink™ Contacts Eye Drops bertujuan untuk mencari tiga lokasi dan keadaan utama yang menyebabkan pengguna kanta lekap merasakan mata mereka menjadi kering.
Kira-kira 100 pengguna kanta lekap yang berusia antara 15 hingga 55 tahun menyertai soal selidik yang diadakan bermula September 2007.
Hasil soal selidik daripada responden, sehingga 68.8% menyenaraikan penggunaan komputer menjadi keadaan yang paling kerap menyebabkan mereka merasakan mata menjadi kering.
Satu lagi kejadian yang dijalankan oleh Universiti Ohio State menunjukkan kekerapan mata mengelip menurun daripada purata 15 kelipan seminit sewaktu mata dalam keadaan tenang kepada 7.5 kelipan seminit meskipun hanya menjeling ke arah komputer pada paras 5% daripada tempoh waktu kerja. Jumlah ini semakin menurun kepada hanya empat kelipan seminit apabila menjeling ke arah skrin sehingga ke paras 50%.*
Oleh kerana mata mengelip adalah cara semula jadi mata untuk merembeskan air mata dan menyegarkan kembali mata yang mengalami kekeringan, merenung tepat tanpa berkelip meskipun untuk tempoh singkat, boleh menyebabkan mata menjadi kering dengan lebih cepat kerana lapisan nipis air pada mata akan terserap lebih pantas.
Sebanyak 14% responden, menyenaraikan kelab dan pub sebagai keadaan yang sering menyebabkan mata menjadi amat kering. Majoriti responden ini adalah mereka yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 29 tahun.
Maklum balas mereka ini sepadan dengan penyelidikan sebelum ini yang mengenal pasti asap termasuk asap daripada rokok menjadi satu faktor menyumbang kepada keadaan mata menjadi kering.
Selain itu, mereka yang sering menggunakan kapal terbang di kalangan responden itu turut menyenaraikan kabin pesawat sebagai persekitaran yang menjadi punca utama mata kering (7.5%). Keputusan ini tidak mengejutkan kerana meskipun wujud banyak faktor persekitaran dalam pesawat mampu menyumbang gejala mata tidak selesa terutama kepada penguna kanta lekap, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa tahap kelembapan yang rendah dalam kabin berkemungkinan menjadi faktor utama mata menjadi tidak selesa. **
Paras kelembapan kira-kira 50% adalah tahap optimum untuk keselesaan mata dan secara perbandingan, kelembapan di gurun Sahara dan Arab adalah sekadar 20 hingga 25 %. ***
Tahap kelembapan dalam kabin kapal terbang bagi perjalanan jarak jauh serta penerbangan di altitud tinggi, sering menjadi begitu rendah dan ada kalanya hanya mencatatkan paras kelembapan 1%, menyebabkan mata menjadi kering, terutama di kalangan pengguna kanta lekap. ***
Responden turut menyenaraikan panggung wayang (5.4%) dan kompleks beli belah (2.2%) sebagai antara persekitaran yang menjadi punca mata menjadi kering.
Pengguna kanta lekap yang menggalami keadaan mata menjadi kering seharusnya memilih menitiskan titisan mata yang diformulakan untuk setiap keperluan penggunaan mereka, berbanding titisan mata biasa yang sebenarnya meningkatkan lagi tahap kekeringan mata.
AMO blink™ mengandungi sodium hyaluronate, bahan yang mencetuskan keadaan secara semula jadi pada lapisan mata untuk membantu melembap dan melincirkan mata kering pengguna kanta lekap. Tidak seperti produk titisan mata yang lain, blink™ menggunakan Ocupure™, yang bebas daripada bahan peroksida selain tidak menggunakan pengawet sensitif, dan oleh kerana ia boleh larut apabila terdedah kepada cahaya, ia menyebabkan mata berasa lebih segar dan bersih – serta tidak meninggalkan sebarang sisa cemar pada kanta lekap.
Tahukan Anda ?
Jika anda menaikkan kerusi di meja komputer supaya kedudukan anda lebih tinggi dan merenung ke bawah untuk melihat skrin komputer, anda mampu mengurangkan tahap pengeringan air mata kerana ia mengurangkan paras pendedahan kepada komputer. Langkah mudah untuk menjadikan mata anda berasa lebih selesa.
Rujukan
* Blink Rate Decreases With Eyelid Squint.
Optometry & Vision Science. 82(10):905-911, October 2005.
SHEEDY, JAMES E. OD, PhD, FAAO; GOWRISANKARAN, SOWJANYA BSOptom; HAYES, JOHN R. PhD
** The wearing of hydrophilic contact lenses aboard a commercial jet aircraft: I. Humidity effects on fit. Aviat Space Environ Med. 1982 Mar;53(3):235-8. Eng WG, Harada LK, Jagerman LS. PMID: 7187217 [PubMed - indexed for MEDLINE]·
***Dehydrating Cabin Air – Diana Fairechild , JestSmart Newsletter, 1996
Posted by al G at 4:50 AM 0 comments
Kejayaan semua manusia, di dunia dan di akhirat dalam agama, dilihat daripada sudut sejauh mana kita mentaati perintah Allah dengan cara Nabi saw.
Dunia sementara akhirat kekal abadi. Berjaya di dunia berjaya sementara tetapi berjaya di akhirat kekal abadi. Gagal di dunia gagal sementara tetapi gagal di akhirat kekal abadi. |
Kejayaan kita bukan dalam logik akal atau apa yang zahir di depan mata kita. Sebuah tamsilan: |
"Apabila bulan mengambang, seorang yang lalu di tepi tasik atau sungai akan nampak seolah-olah bulan tersebut berada di dalam air. Tetapi tidak, bulan itu sebenarnya masih tetap ditempatnya di langit." |
Begitu juga kejayaan kita, bukanlah seperti sangkaan kita. Seumpama dalam pangkat, harta, kecantikan atau kuasa. Tetapi kejayaan kita sebenarnya dalam redha Allah SWT. |
Untuk mengamalkan agama maka kita memerlukan iman. Hanya dengan imanlah kita mampu meninggalkan keinginan perasaan. Iman ini pula selalu turun naik. |
Kalau turun naik, maknanya masih ada iman. Tetapi masalah kita hari ini ialah iman kita keluar masuk. Ditakuti ketika nak mati iman kita keluar dari diri kita, wal'iya zubillah. |
Apabila iman kuat segala perintah Allah mudah untuk dilaksanakan tetapi bila iman lemah, nak sebut nama Allah yang indah pun tidak ada kekuatan. |
Untuk mengetahui di mana tahap iman kita maka kita hendaklah mengukurnya dengan solat. |
Kenapa dengan solat? Jawabnya, kerana solat adalah sebesar-besar dan semulia-mulia perintah yang diturunkan oleh Allah ke atas kita. |
Untuk perintah yang lain, Allah turunkannya melalui perantaraan malaikat Jibril. Tetapi untuk perintah solat, Allah menjemput sendiri kekasih-Nya Nabi Muhammad saw untuk menerimanya. |
Solat adalah julung-julung perintah yang akan disoal oleh Allah di hari akhirat nanti. Jika solat lepas, maka yang lain Insya Allah akan menjadi mudah. Tetapi jika solat tidak lepas, maka yang lain akan gagal. |
Barang siapa dapat menjaga solat 5 waktu dengan cara berjemaah (untuk lelaki), maka Allah janjikan 5 ganjaran: |
1. | Dilepaskan dari kesempitan hidup dan mendapat keberkatan rezeki. |
2. | Dilepaskan dari siksa kubur. |
3. | Dapat buku catatan amal melalui tangan kanan. |
4. | Melintas Titian Sirat pantas seperti kilat. |
5. | Masuk jannah Allah tanpa hisab. |
Kita perlu berusaha supaya solat kita khusyuk dan khudu'. Maksud khusyuk ialah solat kita penuh dengan tumpuan terhadap Allah. |
Sepertimana sahabat-sahabat Nabi saw, solat mereka begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari. |
Kisah solat para sahabat:- |
Kisah 1: |
Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. |
Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit. |
Kisah 2: |
Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. |
Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju. |
Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. |
Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. |
Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri. |
Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. |
Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian. |
Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. |
Firman Allah yang bermaksud: |
"Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." |
(Surah Al-Ma'un) |
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Wallahu'alam. |
Posted by al G at 9:39 AM 0 comments
assalamualaikum w.b.t
ketika jam menunjukkan tepat pada pukul 4.30pg...
aku gagahi diri ini bgn dari lena ku..
lalu terus menuju ke hammam (toilet) utk berwudhu'...
setelah selesai membersihkan diri...azan subuh pun berkumandang di setiap masjid yg berada di kawasan rumahku..
slps menunaikan fardhu subuh...ku duduk seketika di atas kerusi...
ku tilik beberapa kitab yg berada diatas meja...
ku rasakan begitu byk lg yg tidak ku baca dan ku hafal...
setelah beberapa hari ku rasakan diri ini lemah kerana menghidapi penyakit lelah...
pada hari ini dapat ku rasakan nikmat sehat seperti sebelum ini..
alhamdulillah..
setelah mendapat nasihat dan sokongan drpd sahabat2...
aku dpt menjaga kesihatan ku dengan baik...
sememangnya tinggal di negara orang ni banyak dugaan dan cabaran..
lagi2 nak dekat exam ni...mcm2 dugaan yg datang...
utk sahabat2 yg berada di Mesir khususnya...jagalah kesihatan kamu sebaiknya...
hargailah masa sihatmu sebelum datangnya sakit...
jangan asyik fikir stdy je sampai tak jaga kesihatan...
kerana akal yang sihat datang daripada tubuh yang sihat...
akhir kata...
bittaufiq wan najah (good luck) kepada semua kawan2 yg berada di Mesir ataupun di Malaysia...wassalam.
Posted by al G at 9:01 PM 0 comments
Seringkali kedengaran ibubapa merungut kerana anak-anak mereka sukar dibentuk, tidak mendengar kata, degil dan keras kepala. Semua ibubapa ingin melihat anak-anak mereka menjadi orang berguna dan sempurna hidupnya sebagai seorang manusia. Tetapi kadang-kadang apa yang diharapkan itu berlaku sebaliknya
Usia remaja bermula daripada baligh sehinggalah berusia dalam lingkungan akhir 20-an, yang disebut sebagai ‘Fata’ (Pemuda) Firman Allah S.W.T.
Maksudnya:
"Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
Al-Kahfi 13-14
1.Berakhlak
Mereka yang mempunyai sifat yang luhur yang lahir dari keimanan yang jelas terhadap Allah S.W.T. Sabda Rasulullah SAW.
Maksudnya:
"Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada budi pekerti yang baik."
Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah
Nilai-nilai akhlak:-
1. Akhlak perseorangan atau diri sendiri
· Kesucian hati
· Menjaga diri
· Menguasai nafsu
· Menjaga dan mengawal nafsu makan dan jantina
· Menahan rasa marah
· Bersifat sabar
· Lemah-lembut dan rendah diri
· Berhati-hati membuat keputusan
· Menjauhi buruk sangka
· Tetap dan sabar
· Menjadi teladan yang baik
· Bersederhana
· Beramal soleh
· Berlumba-lumba dalam kebajikan dan kebaikan
· Pintar mendengar dan mengikut
· Ikhlas
· Dan lain-lain
2. Akhlak Dengan Keluarga
· Berbuat baik dan menghormati ibubapa
· Menghormati ahli keluarga yang lebih tua
· Bersifat ehsan dan berlaku baik kepada ahli keluarga yang lebih muda
· Bersikap sedia membantu
· Bertanggungjawab terhadap keluarga
· Tidak menderhaka kepada ibubapa
3. Akhlak Dalam Masyarakat
· Bekerjasama dengan anggota masyarakat
· Bertanggungjawab dalam hal menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran
· Sama-sama bertanggungjwab melindungi orang-orang yang lemah
· Tidak menceroboh hak-hak orang ramai
4. Akhlak Dengan Pencipta (Allah)
· Zikrullah (Mengingati Allah)
· Ikhlas dalam beribadah
· Mematuhi titah perintah Allah
· Meneliti akan tanda-tanda kebesaran Allah
2.Cemerlang
Melambangkan keunggulan, kehebatan dan berketerampilan. Contohnya, remaja cemerlang ialah mereka yang kuat berpegang kepada ajaran Allah, mempunyai daya berfikir yang mantap dan bijaksana dalam bertindak.
Ciri-ciri sebagai Remaja Cemerlang:-
· Mempunyai keyakinan diri
· Menghadapi cabaran dengan bijaksana
· Dapat menangani persoalan keluarga
· Mempunyai sifat sabar, tabah dan cekal
· Dapat menangani persoalan sosial samada di sekolah, kampus dan persekitaran
· Berkomunikasi secara baik dengan setiap pihak
· Mempunyai prestasi yang baik dalam bidang ilmu.
Mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan Remaja Cemerlang dalam kehidupan beragama, anak yang dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan Negara serta bakal meneruskan perjuangan Islam.
Posted by al G at 7:38 PM 0 comments