semasa@palestine

Thursday, January 8, 2009

[MAP] 6.45 malam(waktu Mesir). 24 serangan roket telah jatuh di Israel hari ini. Serangan roket yang terakhir jatuh di Askalan.

[MAP] Jumlah yang syahid berikutan peperangan yang dilancarkan oleh Israel di Gaza meningkat ke angka 765 setelah ditemui 50 lagi yang terkorban dalam serangan Israel hari ini, manakala 3125 cedera termasuk yang kritikal.

semasa@palestine

Wednesday, January 7, 2009

[MAP] 11.15 pagi(waktu Mesir). Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 680, manakala 3075 cedera termasuk yang kritikal.

semasa@palestine

Tuesday, January 6, 2009

[MAP] Pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan 40 serangan roket ke Israel hari ini.

semasa@palestine

[MAP] 5.50 malam(waktu Mesir). Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 640, manakala 3000 cedera termasuk yang kritikal.


[MAP] 06/01/09. 13 orang dari sebuah keluarga syahid setelah rumah mereka dibedil satu serangan dari Israel. Lebih menyedihkan lagi, ada sebuah rumah didalamnya 30 penduduk Palestin juga tidak terlepas dari bedilan Israel. Menurut sumber, hanya beberapa orang sahaja yang terselamat dari serangan tersebut, selebih itu syahid.

[MAP] HAMAS: Serangan Israel secara membuta-tuli dengan membunuh awam dan mengebom rumah, masjid malah sekolah adalah bukti kegagalan Israel.

[MAP] Awal pagi tadi, 06/01/09. Paksi serangan Israel tidak sahaja dari serangan darat, malah melalui jalan laut. Menurut sumber, pejuang- pejuang Palestin berjaya menggagalkan sepasukan tentera Israel yang cuba memasuki Gaza melalui pantai Gaza di Dir Balah. Dinyatakan, sebaik sahaja tentera Israel mendarat, pejuang-pejuang Palestin menghujani mereka dengan ledakan peluru namun 2 pejuang Palestin syahid dalam pertempuran itu.

Bagaimanapun, pasukan tentera Israel terpaksa berundur dan pulang kapal perang akibat gasakkan pejuang Palestin yang terlalu sengit.

[MAP] Seorang pegawai dari pasukan payung terjun Israel terbunuh apabila terkena tembakan dari serangan kereta kebal Israel.

semasa@palestine

[MAP] 4.20 petang(waktu Mesir). Sebuah sekolah bawah seliaan UNRWA dibom Israel. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Jabaliya. Serangan Israel mengorbankan 40 orang Palestin, kebanyakannya adalah kanak-kanak. Manakala jumlah yang cedera pula sebanyak 30. Serangan Israel ini disifatkan membuta-tuli. Pengarah UNRWA Gaza mempertikaikan tindakan Israel yang menyerang sekolah.

semasa@palestine

[MAP] 9.00 pagi (waktu Mesir) 06/01/09. Jumlah penduduk Palestin yang menjadi mangsa perang Israel telah meningkat mendadak sejak serangan darat yang telah memasuki hari ketiga. Secara umumnya peperangan ini telah memasuki hari ke-11 semenjak 27 Disember yang lalu. Jumlah yang syahid sebanyak 573, manakala yang cedera termasuk kritik [MAP] 7.50 malam (waktu Mesir) 05/01/09. Media Israel: Beberapa tentera Israel parah ketika bertempur dengan pejuang Palestin.


[MAP] 7.30 malam (waktu Mesir) 05/01/09. Abu Mujahid, jurucakap bagi kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) yang berada di kedudukan Jabak Kashif, menyatakan tentera Israel menyerang kawasan yang dikawal pejuang-pejuang Palestin dengan sokongan udara. Pejuang Palestin membunuh 2 tentera Israel dan mengasak sehingga kereta kebal Israel tidak dapat mara lebih mendalam ke kawasan penduduk Palestin. Sementara itu, SARAYA AL-QUDS mengebom sebuah kenderaan pengangkut tentera Israel. Di kedudukan tersebut, AL-QASSAM dan SARAYA AL-QUDS dan kumpulan pejuang lain bergandingan mempertahankan serangan Israel.
Dinyatakan juga, mereka bertempur dengan pasukan khas tentera Israel.al sebanyak 2700.

semasa@palestine

Monday, January 5, 2009

[MAP] 8.45 pagi (waktu Mesir). 3 kanak-kanak syahid dalam satu serangan Israel setelah rumah dibom. Tidak jauh dari kawasan itu, Sebuah rumah dibom Israel yang mengakibatkan 3 lagi kanak-kanak syahid.

semasa@palestine

Sunday, January 4, 2009

hari kesembilan : 507 terbunuh dan lebih 2400 cedera