semasa@palestine

Tuesday, January 6, 2009

[MAP] 5.50 malam(waktu Mesir). Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 640, manakala 3000 cedera termasuk yang kritikal.


[MAP] 06/01/09. 13 orang dari sebuah keluarga syahid setelah rumah mereka dibedil satu serangan dari Israel. Lebih menyedihkan lagi, ada sebuah rumah didalamnya 30 penduduk Palestin juga tidak terlepas dari bedilan Israel. Menurut sumber, hanya beberapa orang sahaja yang terselamat dari serangan tersebut, selebih itu syahid.

[MAP] HAMAS: Serangan Israel secara membuta-tuli dengan membunuh awam dan mengebom rumah, masjid malah sekolah adalah bukti kegagalan Israel.

[MAP] Awal pagi tadi, 06/01/09. Paksi serangan Israel tidak sahaja dari serangan darat, malah melalui jalan laut. Menurut sumber, pejuang- pejuang Palestin berjaya menggagalkan sepasukan tentera Israel yang cuba memasuki Gaza melalui pantai Gaza di Dir Balah. Dinyatakan, sebaik sahaja tentera Israel mendarat, pejuang-pejuang Palestin menghujani mereka dengan ledakan peluru namun 2 pejuang Palestin syahid dalam pertempuran itu.

Bagaimanapun, pasukan tentera Israel terpaksa berundur dan pulang kapal perang akibat gasakkan pejuang Palestin yang terlalu sengit.

[MAP] Seorang pegawai dari pasukan payung terjun Israel terbunuh apabila terkena tembakan dari serangan kereta kebal Israel.

0 Comments: