semasa@palestine

Tuesday, January 6, 2009

[MAP] 9.00 pagi (waktu Mesir) 06/01/09. Jumlah penduduk Palestin yang menjadi mangsa perang Israel telah meningkat mendadak sejak serangan darat yang telah memasuki hari ketiga. Secara umumnya peperangan ini telah memasuki hari ke-11 semenjak 27 Disember yang lalu. Jumlah yang syahid sebanyak 573, manakala yang cedera termasuk kritik [MAP] 7.50 malam (waktu Mesir) 05/01/09. Media Israel: Beberapa tentera Israel parah ketika bertempur dengan pejuang Palestin.


[MAP] 7.30 malam (waktu Mesir) 05/01/09. Abu Mujahid, jurucakap bagi kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) yang berada di kedudukan Jabak Kashif, menyatakan tentera Israel menyerang kawasan yang dikawal pejuang-pejuang Palestin dengan sokongan udara. Pejuang Palestin membunuh 2 tentera Israel dan mengasak sehingga kereta kebal Israel tidak dapat mara lebih mendalam ke kawasan penduduk Palestin. Sementara itu, SARAYA AL-QUDS mengebom sebuah kenderaan pengangkut tentera Israel. Di kedudukan tersebut, AL-QASSAM dan SARAYA AL-QUDS dan kumpulan pejuang lain bergandingan mempertahankan serangan Israel.
Dinyatakan juga, mereka bertempur dengan pasukan khas tentera Israel.al sebanyak 2700.

0 Comments: