semasa@palestine

Thursday, January 1, 2009

[MAP] Persatuan Ahli Parlimen Arab mengadakan muktamar ke-14 di Suur, Lubnan. Menurut sumber, muktamar tersebut juga bersempena untuk simpati terhadap Gaza. Jam 12.50 petang (waktu Mesir). Ketika menyatakan simpati terhadap Gaza, mereka menuntut kesepakatan dikalangan Negara-negara Arab bagi menghentikan serangan Israel di Gaza. Salah seorang anggota parlimen ketika mengulas keadaan di Gaza meminta supaya memutuskan apa jua bentuk hubungan dengan Israel.


[MAP] Jam 2.40 petang (waktu Mesir). Serangan terbaru Israel di Gaza. Menurut sumber, beberapa kawasan menjadi sasaran serangan Israel. Kelihatan kepulan asap di udara Gaza. Motif serangan Israel di situ belum diketahui setakat ini.


[MAP] Serangan udara Israel tertumpu di Jabaliya. Menurut sumber satu serangan Israel telah menghancurkan sebuah bangunan rumah yang dihuni oleh seorang pemimpin tertinggi HAMAS, iaitu Doktor Nizar Rayyan. Serangan tersebut mengakibatkan beliau bersama isteri dan 3 orang anaknya syahid dalam serangan tersebut yang disifatkan antara sasaran Israel terhadap HAMAS. Letupan tersebut mengandungi kandungan letupan yang cukup besar. Dalam serangan tersebut menyebabkan 10 orang syahid termasuk beliau dan keluarganya. Jam 3.15 petang waktu Mesir. Beliau adalah generasi pertama dalam gerakan penentangan bagi membebaskan Palestin daripada kurungan penjajah (Israel) . Jumlah yang terkorban akibat serangan Israel meningkat ke angka 412. Manakala 2000 lagi cedera termasuk kritikal.Jam 4.07 minit petang..

0 Comments: